Header AD

Jersi Selangor FC 2021 - Ini Respon Kami...

 




Amacam cun tak jersi 2021 pasukan kita? Tahniah diucapkan kepada pengurusan pasukan Selangor FC yang berjaya melancarkan jersi pasukan untuk musim 2021 walaupun dalam keadaan & situasi yang tidak ideal.

Tahniah juga kerana membawa generasi kini mengenali sejarah pasukan, pemain yang menyumbang kepada pasukan satu masa dulu, sejarah hendaklah disampaikan, diceritakan agar generasi akan datang tidak hilang pegangan serta pautan.

Bagi kami di ultraSel, apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan ini adalah satu yang baik dan sememangnya harus dipuji dan didukung bagi kelangsungan kantung pasukan agar tidak bergantung pada dana kerajaan negeri (wang rakyat).

Namun ada sedikit pesanan serta peringatan ringan yang ingin kami sampaikan kepada semua warga kerja yang bertanggungjawab terhadap pasukan kesayangan, Selangor.

1) Sejarah harus dikenang agar dijadikan pemangkin untuk kita yang ada sekarang ini mencipta sejarah baru yang lebih gemilang

2) Dengan itu, selain mengenang sejarah kegemilangan lampau, apakah visi, misi & hala tuju PEMILIK/PENGURUSAN Selangor FC (RGFC Sdn Bhd) untuk jangka pendek & jangka panjang selepas proses penswastaan dilengkapkan

Suka diingatkan kepada semua barisan pengurusan, pemain, kejurulatihan bahawasanya dengan menyarungkan jersi yang mengimbau sejarah 1986 dan penghormatan kepada arwah Mokhtar Dahari adalah menjadi satu tanggungjawab berat untuk anda semua untuk tidak mencalarkan dan mencemarkan nilai maruah yang terletak pada jersi itu. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan prestasi serta apa jua yang berlaku haruslah lebih cemerlang dan gemilang dari sejarah yang diperkatakan.

Apa guna dikenang sejarah yang gemilang jika masa depannya gelap gelita, terangnya pun hanya diterangi lampu-lampu yang menyuluh jalan di belakang.

AYUH SELANGOR!!! KITA LAKAR SEJARAH BARU YANG LEBIH GEMILANG!!! FORZA GRANDE SELANGOR!! ALE!!!

Peringatan juga kepada semua penyokong agar menyokong dan membeli jersi yang original untuk kita sama-sama menyumbang pada kantung pasukan demi kestabilan dan masa depan pasukan yang lebih gemilang.

#MentalitiJuara
#WujudWarisWatan

x
Jersi Selangor FC 2021 - Ini Respon Kami... Jersi Selangor FC 2021 - Ini Respon Kami... Reviewed by AZ on February 05, 2021 Rating: 5

Post AD