Header AD

Sub Group ultraSel

Sejajar dengan teras Mentaliti Juara, 

kewujudan sub-group atau selalu disebut sebagai sub adalah sebagai medium pemudah cara untuk semua penyokong dari seluruh Selangor untuk menyokong pasukan. 

Sub-sub ini merangkumi kawasan - kawasan utama di Selangor meliputi dari Kuala Langat sehingga Kuala Selangor. 

Selain sebagai medium pemudah cara, adanya sub - sub ini bertujuan untuk merapatkan persaudaraan antara satu sama lain. Perlu ditekankan juga yang apa yang dilakukan ini adalah untuk kebersamaan dan pergerakan ini juga tidak hanya terhenti di dalam stadium dan bolasepak sahaja. 

Ianya lebih dari bolasepak itu sendiri. 


Jika ingin merasakan 'kegilaan' ini bersama boleh hubungi sub-sub group dibawah :



UK Outlaw Mania (UKOM) : Merangkumi kawasan Gombak, Ampang dan sekitarnya. 

Rawang 1936 : Merangkumi seluruh Rawang, Hulu Selangor dan sekitarnya.

Cheras Sud Raggazzi : Merangkumi seluruh Cheras, Bangi, Kajang dan sekitarnya. 

Shah Alam Boys : Merangkumi seluruh Shah Alam, Puncak Alam

Klang Corvus : Merangkumi seluruh Klang dan sekitarnya.

Westside : Merangkumi seluruh Kuala Selangor, Sabak Bernam dan sekitarnya. 

PJ Compagno : Merangkumi seluruh Petaling Jaya, Damansara dan sekitarnya. 

Battalion Kuala Langat (BKL) : Merangkumi kawasan Kuala Langat, Sepang dan sekitarnya. 

Sub - sub ini, anda boleh sertai mengikut lokaliti anda, tempat anda bekerja dan sebagainya. Mengikut keselesaan anda untuk memberikan komitmen kepada pergerakan. 

Sub Group ultraSel Sub Group ultraSel Reviewed by AZ on February 06, 2021 Rating: 5

Post AD