GAGAL MENGURUSKAN KEGAGALAN
ultraSel dari awal berpendirian wujud untuk MENYOKONG PASUKAN bukan pengurusan tertentu,bukan pemain tertentu tetapi PASUKAN. Jatuh bangun pasukan, kami pasti ada bersama, tidak kira jauh atau dekat.
EMPAT musim dah berlalu sejak kepimpinan baru mengambil alih, hari ini kita masih ditakuk sama tanpa kemajuan di bahagian teknikal (alhamdulillah kemajuan non-teknikal ada, kredit diberi)
Kekecewaan kami ini adalah berteraskan 3 aspek utama iaitu :
1) PENGURUSAN UTAMA
2) PENGURUSAN TEKNIKAL: KEJURULATIHAN DAN LAIN-LAIN
3) PEMAIN
PENGURUSAN UTAMA
Kepada PENGURUSAN UTAMA, kami terpanggil untuk ulang menyuarakan beberapa hal dan isu yang dah pernah dipesan (banyak kali jugak dah jumpa) tapi tak diendahkan. Akhirnya skrg kesan dan kerosakan sama terhasil.
1 (a) Isu KEUTAMAAN SAINGAN yang sejak empat musim dilihat tidak mempunyai matlamat jelas. Pengurusan MELETAKKAN TARGET untuk ke ASIA tetapi gagal untuk merancang saingan mana perlu diutamakan. Ibarat kejar ‘hidangan sampingan’ tetapi lupa untuk makan ‘main course’. Akhirnya yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran.
Bukan kita tak pesan bagaimana nak buat KAWALAN dan berusaha capai target pergi Asia, setiap posting ultraSel mengenai sasaran / KPI selepas perlawanan ada tunjukkan yang ultraSel sebenarnya meletakkan harapan untuk melihat kemajuan dari musim lepas jer; dari segi kutipan mata, jumlah jaringan, jumlah bolos etc. Perbaiki data ini dan automatik kedudukan dalam liga akan naik sendiri.
Slot ke Asia 2024/2025 dah jadi 2+2, jadi mcm mana? Nak pesan lagi skali nie, korang nak perbaiki tak keutamaan saingan? Pergi belek pembahagian slot oleh AFC tu mcm mana kalau korang masih blur.
1 (b) DEDAHKAN carta organisasi pengurusan. Siapa KETUANYA, siapa PENASIHATNYA, siapa JURULATIH, siapa wakil pasukan dalam MFL dan sebagainya. Senang penyokong nak tau siapa yang nak dicari untuk sebarang isu berbangkit seperti siapa yg bersetuju penundaan perlawanan. LANGSUNG TIDAK ADA! Yang ada dalam laman web hanyalah SEJARAH pasukan yang itupun kali terakhir menjulang piala pada 2015 (Juara Piala Malaysia)
1 (c) Bagaimana proses pencarian dan pemilihan pemain dilakukan oleh PENGURUSAN UTAMA? Terutama berkenaan pemain import yang kualiti majoriti memang barai. Ada tu yang kualiti lagi teruk dari pemain tempatan tapi gaji berpuluh ribu. Kerja gila.
PEMILIHAN EJEN PEMAIN yang dilihat lebih kepada ‘one man show’ atau bahasa mudahnya, SATU ejen bekalkan beberapa pemain dalam satu musim. Bagaimana prosesnya?
1. Kaji pemain berpotensi kemudian hubungi ejen pemain; atau
2. Hubungi satu satunya ejen / consultant ini dan mintak dia sediakan menu pemain yang tinggal dan beri cadangan? 100% serah kepercayaan kpd ejen; atau bagaimana?
Adakah PENGURUSAN UTAMA masih tidak percaya kpd data pasukan pencari bakat (scouting team) dan lebih percaya kpd presentation oleh SATU EJEN?
Sangat misteri dan akhirnya kita dapat lihat SelangorFC nie sekadar jadi tempat bersantai / pusat berehat / pusat pemulihan kepada pemain yang dibayar dengan nilai besar nie.
1 (d) Isu KLAUSA JUAL BELI pemain yang lemah. Atau sebenarnya PENGURUSAN UTAMA sendiri yang lemah tidak bertegas dalam hal ini. Bila skali kita lembik, maka ramai pemain akan berani buat benda sama. PENGURUSAN tau apa yang kami maksudkan disini. Eh penat la ulang.
1 (e) Beberapa isu lain seperti DOUBLE STANDARD dari segi KETEGASAN terhadap jurulatih tempatan berbanding JURULATIH LUAR yang diberikan pula jawatan lain walaupun terbukti GAGAL untuk memberikan kemajuan kepada pasukan, media rasmi pamerkan jersi pasukan lain dalam posting, plat pendaftaran bas rasmi yang tidak ditukar etc.
1 (f) ultraSel tiada masalah untuk trust the process dan beri ruang / peluang secukupnya kepada PENGURUSAN UTAMA. Ini terbukti selama 4 tahun sejak pertukaran kepimpinan kelab. Tiada tekanan diberi tapi kami perlu dipuaskan dengan kemajuan kearah matlamat itu, bukan stagnant atau terkebelakang. Buat lagi baran bila dah pesan tapi PENGURUSAN UTAMA tak peduli. Kita boleh bekerjsama majukan pasukan kebanggaan ini, jadi KURANGKAN LA EGO tu. Takkan sebab kami nie takda sijil belajar tinggi ke luar negara korang sikit taknak pandang.
PASUKAN TEKNIKAL : KEJURULATIHAN DAN LAIN-LAIN
2 (a) Tidak dinafikan individu yang ada dalam pasukan teknikal ada kepakaran dan kelebihan masing-masing tetapi mana silapnya sehingga timbul isu PEMAIN SENTIASA TIDAK CERGAS, SERING CEDERA dan TIDAK BERSEMANGAT.
Pasukan kecergasan takda nak buat sesuatu ke untuk pastikan pemain cergas untuk adaptasi taktikal pasukan jurulatih? Tiada koordinasi ke untuk pastikan pemain bersedia? Penganalisis data ada borak tak dgn pasukan jurulatih? Siapa yang underperform? Last ultraSel jumpa dulu Pasukan Jurulatih cuma mampu tunjuk data penampilan jer. Hahaha siapa yang main paling banyak. HASDAHDHAJDHAJ main banyak tak semestinya menyumbang banyak.
2 (b) Pakar pemakanan dah ada ke belum? Atau pemain keluar lunch di restoran mamak dan sambung latihan sebelah petang.
2 (c) Dari awal musim ini, ultraSel menekankan tentang BOLOS yang menjadi masalah pada pasukan. Bukan sekadar statistik atau bilangan semata, tetapi kita lihat sekarang dengan jumlah BOLOS yang begitu besar, hampir pasti Selangor sukar untuk mencabar kedudukan terbaik dalam liga.
Pasukan keciciran mata apabila DAH MENDAHULUI dengan selesa. Ambil contoh terbaharu, menentang NEGERI SEMBILAN. DUA KALI kita mendahului, sudahnya tewas tiga dua disebabkan BOLOS. Tapi pasukan jurulatih berpendapat mereka mendominasi perlawanan dan buat serangan. Dia tak fokus pada pertahanan ke?
Mungkin ini juga ada kaitan dengan JURULATIH yang TIDAK TEGAS dan TAK BERJAYA BINA PENGARUH / KARAKTER di mata pemain. Jadi pemain mula besar kepala.
PEMAIN
3 (a) Jika tidak ada jiwa, Selangor FC bukan tempat anda!
Ada beberapa isu bersangkutan dengan PEMAIN yang sekali lagi dilihat seakan-akan TIDAK DIKAWAL, TIDAK DITEGUR dan sebagainya. Isu utama pastinya faktor miscommunication dalam padang yang sering dilihat menjadi masalah BOLOS selain prestasi yang TIADA PENAMBAHBAIKAN kecuali beberapa pemain sahaja.
3 (b) Hormati kelab hormati kebanggaan ini, PENGURUSAN UTAMA dan PENGURUSAN TEKNIKAL boleh beri dan sediakan segalanya untuk korang tanpa culas atau bermasalah. Fasiliti dinaik taraf. Tetapi keputusan atas padang tetap di kaki korang. Jangan lembik! Sentiasa bekerja untuk maju sebab Selangor FC ialah untuk mereka yang ada MENTALITI JUARA shj. Hunger for more. Bukan mereka yang jawab sambil lewa ‘kalau dah bolos, bolos la nak buat mcm mana?’. Suruh kapten kau tu balik tempat dia dgn mentaliti mcm tu.
3 (c) Hormat dan patuh kepada pasukan teknikal dan takyah la melakukan protes dalam padang sebab kau tak suka cara orang tu. Benda simple mcm patuh proses pemulihan pon payah nak ikut. selamba melepak mamak sampai ke subuh, taknak duduk dalam ice bath etc. Tidak lupa juga isu yang mana pemain datang ke HARI PERLAWANAN / MAJLIS RASMI pasukan dengan mengenakan jersi pasukan lain!
GAGAL MENGURUSKAN KEGAGALAN
Reviewed by AZ
on
August 19, 2022
Rating:
Post a Comment