Header AD

ultraSel dan Piala Malaysia 2021

 


Umum ketahui saingan Piala Malaysia telahpun bermula dan pasti timbul kembali persoalan 
"ultraSel turun sokong ke? kata dulu boikot"

Tidak mengapa, ultraSel tidak akan jemu dan lelah memberi bentuk edukasi, konteks dan pemahaman kepada rakan penyokong (juga pihak pengurusan) dalam perkara ini. 

Mungkin juga ada rakan penyokong yang baru mengenali budaya menyokong bolasepak tempatan dan mahu memahami.

Pertama, wajar difahami sebab keputusan tidak turun ke stadium semasa saingan Piala Malaysia bermula musim 2015 dahulu, ianya atas dasar KEUTAMAAN yang salah dititikberatkan oleh pihak pengurusan. 

Ketika itu, pihak pengurusan telah mengutamakan dan mengalih fokus serta tenaga kepada saingan Piala Malaysia (tiada slot ke peringkat Asia) sedangkan saingan Liga Super (ada slot ke peringkat Asia) masih berlangsung. Jelas di sini, pengurusan tidak memahami keutamaan saingan untuk buktikan kemampuan di peringkat tinggi.

AYUH PERGI ASIA vs Trust The Process

Sememangnya hasrat ultraSel pastinya inginkan pasukan layak secara merit dan bersaing ke peringkat Asia. Namun, kami kekal realistik dan wajar memberikan ruang / peluang kepada pengurusan baru dan percayakan proses transformasi yang sedang diterapkan (dalam tempoh 5 musim) dalam pasukan sekarang.

Tetapi, kami akan terus memantau rapat perkembangan proses tersebut (baik di dalam padang mahupun di luar padang) saban musim agar terjemahan transformasi mengikut fasanya.

#MentalitiJuara
#WujudWarisWatan
ultraSel dan Piala Malaysia 2021 ultraSel dan Piala Malaysia 2021 Reviewed by AZ on September 28, 2021 Rating: 5

Post AD