Header AD

Jadual Liga Super 2021 Dah Keluar Oi!




Akhirnya, setelah lama liga terhenti, saingan baki Liga Super Malaysia 2021 dah diumumkan baru-baru ini. 

Walaupun hampir pasti perlawanan akan berlangsung tanpa kehadiran penyokong (setakat ini), menurut MFL, ada perubahan venue yang diluluskan untuk pasukan Selangor beraksi.


Adalah dimaklumkan bahawa Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan pindaan-pindaan seperti berikut:

1. PINDAAN VENUE PASUKAN TUAN RUMAH SELANGOR FC

VENUE ASAL: STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

VENUE PINDAAN: STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS DAN STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Pindaan ini diluluskan kerana Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Venue perlawanan LS20, Selangor FC lwn Melaka United FC pada Selasa, 17 Ogos 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka akan dimaklumkan kemudian. 



UPDATE 21 JULAI : 


Malaysian Football League (MFL) mengesahkan bahawa kelab Liga Super, PJ City FC dan Selangor FC dibenarkan untuk kembali beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya manakala UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Keputusan pindaan ini dibuat setelah Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Kita harapkan mata penuh berjaya dikutip oleh pasukan dalam kesemua 9 perlawanan. 


#MentalitiJuara
#WujudWarisWatan


Jadual Liga Super 2021 Dah Keluar Oi! Jadual Liga Super 2021 Dah Keluar Oi! Reviewed by AZ on July 16, 2021 Rating: 5

Post AD