Header AD

Bergerak Ke Arah “MENTALITI JUARA”

8ERGERAK KE ARAH “MENTALITI JUARA”


Sudah mencapai usia 8 tahun, pahit, manis, gembira, sedih, marah, sabar, tenang, huru hara, kebersamaan, perpecahan, semuanya ditempuhi dalam proses menggapai usia ke-8 tahun kewujudan ultraSel.

Setiap hari, setiap detik, setiap musim dilalui pasti ada rintangan dan halangan yang mendatang namun ditempuhi dengan penuh kematangan dan penuh kebersamaan dari semua komrad yang masih setia kekal bersama dalam keluarga ini, kerana hanya yang kental bisa kekal.

Bila usia semakin meningkat, perubahan dari segi pemikiran dan mentaliti juga perlu bagi memastikan kesinambungan kejayaan itu dapat dicapai, dengan sebab itu The FamouS memilih untuk 8ergerak menuju ke arah Mentaliti Juara pada usia ke-8 tahun ini agar dapat kiranya kesinambungan kejayaan itu dapat diturunkan ke generasi seterusnya sampai bila-bila, barulah boleh mendabik dada sambil laungkan "King Of Malaya Sampai Bila-Bila".

Kemanisan yang akan dikecapi bukan untuk sementara tetapi untuk ianya berkekalan selamanya. Oleh itu kita semua harus bergerak dengan satu mentaliti, satu jiwa, iaitu mentaliti sebagai seorang juara dan jiwa sebagai seorang juara.

Kepada semua komrad, usia keluarga ini sudah menggapai tahun ke-8, jadi diharapkan agar terus menjaga kerukunan dan kebersamaan ini sebagai satu keluarga, jangan sesekali tinggalkan keluarga, jangan sesekali menjadi ejen yang memecah belahkan keluarga, saling hormat menghormati, saling jaga antara satu sama lain, kerana kita semua satu keluarga, kita The FamouS!

Untuk yang ke berapa kali, kami tidak pasti, tapi ingatan yang harus terus disampaikan agar tidak terpesong perjalanan keluarga ini, diingatkan kepada semua komrad, keluarga ini bukan tempatnya untuk mengaut untung perniagaan, bukan tempatnya nak jadi rockstar, bukan tempatnya untuk mencipta nama, sampaikan kepada sekalian komrad agar hormat dengan kerukunan dan keharmonian keluarga ini.

Teruskan kegilaan ini, sampaikan kegilaan ini hingga ke generasi seterusnya!

Forza Grande Selangor, ALE!

#1Jiwa1Mentaliti
#BangkitBersama
#KamuHarusJuara
#MentalitiJuara
#8ERGERA

Bergerak Ke Arah “MENTALITI JUARA” Bergerak Ke Arah “MENTALITI JUARA” Reviewed by AZ on January 01, 2018 Rating: 5

Post AD