Stadium Oh Stadium
STADIUM OH STADIUM.
Venue merupakan satu polemik bagi sesebuah pasukan yang tidak mempunyai venue sendiri. Tambah malang lagi apabila sebuah pasukan yang telah lama bertapak bersama track record silam yang agak cemerlang juga masih tidak mempunyai stadium sendiri.
NAMUN....
Apakah hanya itu sahaja masalah buat pasukan gergasi lagenda ini? Aku boleh sifatkan isu stadium ini sebagai salah satu dari puluhan isu lain yang sepatutnya menjadi keutamaan.
_
Isu pusat latihan
Isu fasiliti latihan
Isu profesionalisme pengurusan
Isu integriti pengurusan
Isu salah laku pentadbiran
Isu urus tadbir kewangan yang daif
Isu pembangunan akademi
Isu kesinambungan ekonomi pasukan
Isu mentaliti kenegerian
Isu penswastaan
Serta pelbagai lagi isu2 lain yang seharusnya ditangani segera dalam membentuk sebuah pasukan yang benar2 mapan.
Kerana itu aku katakan sebelum ini, mentaliti penyokong itu sendiri harus berubah dalam melihat isu2 ini dari skop yang berbeza.
Aku tidak menentang gabungan penyokong yang bersatu mendesak untuk mendapatkan kembali SSA. Ianya terbentuk hasil drpd rasa cintakan pasukan dan mahu melihat pasukan kesayangan kita mempunyai satu venue yang baik untuk mengharungi liga.
TETAPI...
lebih cantik lagi jika semangat dan kebersatuan ini diteruskan untuk kita terus menekan pihak pengurusan bagi menyelesaikan pelbagai isu2 besar yang masih tergantung statusnya.
Namun begitu, apalah sangat suara penyokong jika kita tidak ada tempat dalam pengurusan pasukan itu sendiri. Aku rasa, dengan kekuatan serta momentum yang ada kini, kita mampu mewujudkan badan pengurusan yang dimiliki oleh penyokong itu sendiri. Baru lah kita dapat membentuk pasukan mengikut acuan yang kita mahukan.
Kerana aku yakin, penyokong hanya mahukan kejayaan pasukan dari pelbagai aspek. Ini berbeza dengan entiti2 lain seperti ahli perniagaan, kerabat diraja, ahli politik, orang kenamaan yang memegang tampuk pengurusan pasukan. Mereka pastinya punya agenda tersendiri selain mahukan nama atau milage politik peribadi.
Jadi sudah pastilah entiti yang benar2 ikhlas cintakan pasukan dan dahagakan kejayaan serta kehebatan pasukan yang layak menentukan hala tuju dan urustadbir pasukan kecintaan mereka. Dan perkara ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya penyokong itu sendiri memiliki pasukan.
Gerakan kearah objektif itu telah pun diwujudkan, terserahlah kepada penyokong untuk membuat pilihan. Mahu semua isu pasukan diselesaikan secara kolektif dan mempunyai penyelesaian jangka panjang
ATAU....
Penyelesaian jangka pendek yang bersifat sementara dan bermusim. Lalu kita akan berdepan masalah sama di setiap musim.
Kalau asyik bermasalah, bila pasukan nak membangun, bila nak kembali jadi King of Asia?
- DH
Post a Comment