Header AD

Warkah 1 Syawal


Salam 1 Syawal 1442. 

Dalam kegembiraan kita meraikan kemenangan setelah berpuasa di bulan ramadan, jangan kita jadi bodoh & bangsat macam orang kayangan yang sesuka abah dia melanggar SOP agar pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita dapat kita cegah dan putuskan rantaiannya.

Kepada kekasih kami Selangor FC , sempena 1 Syawal ini, tahniah diucapkan atas kejayaan dalam membentuk pemasaran perniagaan yang memberi impak positif terhadap pasukan dan menunjukkan ianya berada pada landasan dan jalan yang betul menuju ke arah matlamat yang ditetapkan oleh pengurusan. Tidak lupa juga kehebatan di peringkat media sosial yang mana sangat aktif dalam menjana keterlibatan dengan pengguna media sosial terutamannya penyokong Selangor FC.

Namun atas keprihatinan yang sangat tinggi dan perasaan yang sangat gembira di 1 Syawal ini, kami ingatkan bahawa dalam tempoh cuti semester Liga Malaysia selama hampir 2 bulan ini agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengurusan & barisan kejurulatihan serta pemain supaya perkemaskan prestasi di dalam padang dan juga di luar padang bagi memastikan maruah Merah Kuning tidaklah dipijak ke tanah oleh orang. 

Perkara-perkara yang kami rasakan perlu diperkemaskan adalah :


1. Perkemaskan secara menyeluruh dan terperinci terhadap semua perkara di dalam padang dan juga di luar padang


2. Pengumpulan data-data yang boleh membantu dalam proses yang sedang dilakukan dan juga mengkaji “Player’s behaviour” terhadap sesuatu situasi 


3. Perkemaskan ruang Kepimpinan (Leadership) di dalam padang dan juga di luar padang


Dengan itu kami akhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang meraikan Aidilfitri.

Demi sebuah kebanggan.

Warkah 1 Syawal Warkah 1 Syawal Reviewed by AZ on May 13, 2021 Rating: 5

Post AD